Thursday, September 17, 2009

Singgah sahur...

Sang Kluang singgah sahur di satu tempat yang kurang menarik,tetapi selesa dan makanan nya juga sedap. Kari dan ikan bawal goreng. Sang kluang berbangga kerana orang melayu dapat berniaga sesama sendiri tanpa hasat dengki. Ada setengah tempat dan kawasan berniaga melayu yang tidak dapat menerima kaum sendiri untuk berniaga bersama. Melayu tak dapat elakkan diri dari perasaan dengki.

Sang kluang berasa sungguh senang hati dan tenteram hari ini kerana impian telah jadi kenyataan. Sebelum ini hanya angan-angan tapi sekarang dah menjadi kenyataan. Segala usaha sang kluang selama ini telah mendapat madu nya. Kita jangan hanya membina tangga-tangga kejayaan tetapi kita tidak berusaha untuk menaikinya. Itulah pengajaran yang Sang kluang dapat hari ini. Mungkin kita boleh berkongsi bersama.Terima kasih

No comments:

Post a Comment