Wednesday, September 9, 2009
Petua bagi suami untuk menambat hati isteri
# Sentiasa berdoa agar disayangi. # Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain. # Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari. # Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati. # Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri. # Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah. # Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala. # Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya). # Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.# Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu. # Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak. # Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah. # Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen. # Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang. # Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri. # Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya. # Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan. # Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur. # Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari. # Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ". # Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment