Tuesday, September 8, 2009
K.A.W.A.N
..Disini ingin menceritakan tentang sifat seseorang manusia yang tidak boleh menerima teguran, kritikan dan nasihat. Dalam persahabatan, tak semuanya elok bak kata pepatah dalam setandan pisang, tak semuanya boleh dimakan dan ada yang busuk. Dan dalam persahabatan juga sebusuk mana dan seburuk mana sifat seorang kawan, ia tetap akan menjadi kawan. Sebagai seorang kawan yang baik, kita perlu memberi tahu hal yang benar dan nyata. Selalunya sifat manusia zaman sekarang tidak suka mendengar hal yang benar, malah suka dan gemar mendengar benda yang salah. Sbgai contoh, satu benda yang dilakukan oleh seorang sahabat adalah benda yang salah, tapi dia ia kan oleh kita kerana ingin menjaga hati sahabat kita itu. Selagi kita beranggapan begitu, persahabatan tak akan bertahan dan berpanjangan. Sebagai sahabat, kita perlu menerima kritikan, kerana kritikan itu mungkin merupakan kritikan membina. Tidak kira lah muda atau tua,berpengalaman atau tidak berpengalaman. Allah S.W.T memberikan kita AKAL untuk berfikir yang mana betul dan salah. Berkongsi masalah antara satu sama lain juga penting kerana ia boleh membentuk satu perhubungan yang erat.Meminta pendapat antara satu sama lain.Jgnlah kita menganggap perbezaan umur menjadi penghalang untuk kita menerima nasihat dan pendapat. Cuba wujudkan satu komunikasi yang baik diantara sahabat. Jgn memandang remeh atau tidak menerima pendapat org yang rendah darjatnya atau pun muda umurnya."Ular yang besar boleh dimatikan oleh kala jengking yang kecil"...Sang Kluang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment