Tuesday, September 8, 2009

Mencari cinta sejati...

Bagaimana kita hendak mencari cinta sejati?dari rupa paras?darjat?..Disini ada satu kisah bermula di dalam satu kelas dimana seorang murid menanyakan kepada gurunya,bagaimanakah kita ingin mencari cinta sejati?..guru itu menjawab kamu pergi turun ke padang sekolah, bermula disatu hujung hingga kesatu hujung, kamu cabutlah rumput yang cantik dimata kamu dan bawa ke dalam kelas.Murid itu pun mulalah berjalan dari hujung padang ke hujung padang. Dia dapat mencabut satu rumput yang cantik, lalu 10 langkah kedepan,dia membuang rumput ditangan dan mencabut lagi rumput yang lebih cantik..Murid itu terus berbuat begitu sehingga ke hujung padang, tiada rumput ditangannya.Apabila ingin berpatah balik tidak boleh lagi kerana gurunya berpesan apabila sampai di hujung padang, dia tidak boleh menoleh atas patah balik ke belakang. Murid tersebut balik semula ke kelas tanpa rumput ditangan,guru bertanya 'dimanakah rumput yang cantik?'..murid menjawab..'banyak rumput yg cantik dimata,dicabut dan dibuang hingga ke hujung padang,tiada rumput ditangan dan saya tidak dibenarkan berpatah balik untuk mengambil rumput itu'..Guru tersenyum dan memberi penjelasan kepada murid tersebut, jika kamu jumpa yang terbaik, peganglah ia hingga ke hujung padang,sekiranya dibuang, kamu tak akan dapat berpatah balik untuk mendapatkannya. itu lah cinta sejati, cinta sejati akan datang hanya sekali. Dalam percintaan, hargai lah yang satu dan jangan sia-sia kan kerana ia mungkin cinta sejati kamu..Kita hanya mampu berusaha, Tuhan yang berkuasa menentukan...

No comments:

Post a Comment