Kisah ini mengisahkan dua orang sahabat yang berjalan menerusi gurun pasir. Dalam perjalanan mereka berlaku pertengkaran sesama sendiri dan salah seorang sahabat itu menampar sahabatnya. Sahabat yang ditampar itu merasa begitu kecewa dengan tindakan sahabatnya itu.Lalu sahabat yang ditampar itu menulis dipasir 'Sahabat baikku telah menampar wajahku hari ini'..
Mereka menerusi perjalanan dan menemui sebuah oasis.Lalu mereka mengambil keputusan untuk berehat dan mandi disitu. Tanpa diduga sahabat yang ditampar itu terjatuh kedalam pasir jerlus. Lalu sahabatnya dengan pantas menarik tangan sahabat yang terjun kedalam pasir jerlus itu dan dapat menyelamatkan dia.
Sahabat yang ditampar itu terus menulis diatas batu 'Sahabat baik ku telah menyelamatkan nyawaku hari ini'
Sahabat yang menampar itu hairan lalu bertanya..kenapa apabila aku menampar wajahmu,kamu tulis ia dipasir.tapi apabila aku menyelamatkan nyawa mu kamu tulis ia dibatu???
Lalu dia menjawab...kebaikan seorang sahabat haruslah ditulis dibatu kerana ia takdapat dilenyapkan oleh angin dengan begitu mudah..manakala kesilapan sahabat haruslah ditulis dipasir kerana lama kelamaan ia akan hilang lenyap dibawa angin. Moga kita dapat teladan dari cerita ini dan sama-sama kita memperkukuhkan persahabatan.
Tuesday, September 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment