Thursday, August 27, 2009

Hujan Rahmat dari Allah


Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...Di bulan Ramadhan yang suci ini, Allah menurunkan hujan yang lebat sepanjang hari ini untuk umatnya berpuasa dalam keadaan yang lebih selesa. Tiada cahaya matahari yang terik lagi panas memancar..Suasana yang sejuk dan dingin sepanjang hari memberi kita keselesaan dalam melakukan kerja sambil menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ISLAM. Terima kasih Ya-Allah kerana Engkau memberikan cuaca yang begitu indah dan selesa kepada ku hari ini.

Perjuangan & Pengorbanan tanpa materealistik







Perhimpunan selepas kemenangan parti dalam satu pilihan raya kecil di sini beberapa hari yang lalu. Para penyokong sanggup beramai-ramai duduk diatas tanah tanpa menghiraukan kekotoran demi mendengar ceramah dari pemimpin yang telah memenangi pilihanraya kecil tersebut. Selepas solat terawih, semua penyokong parti tak kira tua atau muda

berkumpul dan duduk diatas tanah lapang dan pasir-pasir lembab. Ada yang membawa tikar, ada yang membawa alas duduk. Kenapa mereka sanggup berbuat begitu bahkan mereka langsung tidak dibayar walau se sen pun??..Perjuangan dan pengorbanan begini lah diperlukan pada zaman sekarang bukan nya materialistik semata-mata. Tiada ganjaran diberikan maka tiada lah perjuangan dan pengorbanan dilemparkan. Perjuangan dan pengorbanan ikhlas dari hati diperlukan tanpa mengira amaun ganjaran yang ditawarkan. Sedarlah bahawa pengorbanan dan perjuangan yang ikhlas akan mendapat ganjaran yang lumayan di akhirat kelak.

Wednesday, August 26, 2009

Mengigil lutut jin dan manusia melihat neraka JAHANAM

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.

Jin Sebahagian Tentera Nabi Sulaiman


...Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.
Firman Allah,
“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, “hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.”
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya,
“Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”(An-Naml: 16-19)
Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”
“Sebesar biji gandum,” jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.
“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”
Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut. Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.

Dalam kegelapan malam...


Malam mengisahkan begitu banyak cerita. Ia diantara realiti dan mimpi. Malam diciptakan dari Yang Maha Esa supaya manusia beribadat dalam keadaan selesa..tetapi, di malam hari lah banyak kegiatan yang menjijik kan..kita sangka Dia tidak nampak di malam hari, tetapi Dia dapat melihat dari segala corok dan rantau sama ada terang bersuluh atau dalam gelap gelita. Menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf bersama Zulaikha di dalam sebuah bilik..Zulaikha terlalu menyukai Nabi Yusuf kerana ketampanan beliau.Diajak nya Zulaikha untuk melakukan perlakuan tidak sopan. Zulaikha berkata "Marilah wahai Yusuf, hanya kita berdua di dalam bilik ini"..Nabi Yusuf menjawab "Tidak!!! kita ada bertiga!!"...Zulaikha hairan akan jawapan Nabi Yusuf lalu bertanya "Siapa lagi selain kita berdua wahai Yusuf??"..lalu Nabi Yusuf menjawab.."Allah!!!"..."Allah melihat kita wahai Zulaikha!!"...dari kisah itu..sedarlah bahawa kita tidak keseorangan atau berdua-duaan, Allah sentiasa memerhatikan gerak-geri hambanya...-sangkluang-